Wednesday 25 December 2013

RESIPI MELAYU : SAMBAL SOTONG, SAMBAL IKAN BILIS CILI HIJAU, IKAN TENGGIRI GORENG DAN BAYAM GORENG DENGAN BAWANG PUTIH

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share recipe melayu pulak. Asyik-asyik makanan omputih je, boring le jugakkan.
Lauk-lauk ni saya masak malam sebelum Christmas.  Hari tu pergi pasar malam borong macam-macam, lama tak borong macam tu.hihi.Saya tau ramai dah orang share kat blog diorang makanan macam ni, tapi tak kesahlah, nak share jugak... lauk simple-simple je..tapi bila makan, menjilat jari I tell you.hihihi.

Since only I and my husband ate, portion nya tak banyak la..tp meriah la lauk atas meja tuh..hihi  My husband suka sangat lauk-lauk tu..hihi

So, for lauk pertama :

SAMBAL SOTONG

Ok, untuk sambal sotong ni saya buat berkuah sikit sebab dah tak buat kuah lain dah. Resipi ni saya buat yang simple-simple jer.

Bahan-bahan :
2-3 ekor sotong yang besar(depends la berapa ramai nak makan)
1 ulas bawang india sederhana besar
4 ulas bawang putih(saya suka bawang putih lebih sikit, bau dia sedap)
2 cm halia
Cili kering
1 sudu besar honey(boleh kurang kalau nak kurang manis, boleh banyak kalau nak manis)saya suka yang sedang-sedang saja(nada Iwan nyanyi)hehe
Salt to taste
Half squeeze lemon

Note : Blend bawang besar, bawang putih, halia dan juga cili kering.

Cara-cara masak :
1) Panaskan minyak atas kuali, bila dah panas, masukkan bahan-bahan yang dah blend tadi sampai masak.(dia akan nampak macam naik minyak sikit)Jaga api, jangan kuat sangat, sederhana sahaja.
2) Kalau kering sangat, letak dalam 2-3 sudu besar air.
3) Ok then letak honey, lemon dan garam.(saya guna honey as sugar substitute, more healthy katanya :P and saya tak guna asam jawa sebab kat rumah banyak sangat lemon. Beza lemon dengan asam jawa ni, rasa lemon bila kita letak dalam sambal dia agak subtle, tak terlalu kuat.)
4) Last sekali baru letak sotong(ada setengah orang letak awal sbb nak masak cepat,tapi saya letak last sekali sebab tak nak dia over cook)

SAMBAL IKAN BILIS CILI HIJAU

Bahan-bahan

Segenggam Ikan Bilis(rendam dan ditumbuk)
1 sudu kecil honey
5-8 ulas cili kampung/cili padi(nak lagi pedas letak lagi)
3 ulas bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
Garam untuk perasa
1 sudu besar extra virgin olive oil
Sedikit belacan(bak kata orang putih belancan..hehe<---tgk kat australia masterchef dia sebut camtu)

Note : Tumbuk cili dan belacan sekali sampai lumat.

Cara-cara masak :
1) Panaskan minyak, goreng bawang merah dan bawang putih
2) Then masukkan cili dan belacan yang ditumbuk td
3) Lepas tu, goreng sampai naik bau
4) Keluarkan dr kuali gaul dengan ikan bilis yang dah ditumbuk, masukkan olive oil.Sebab dia akan kering         sikit
5) Masuk balik dalam kuali(tak payah minyak dah) then masukkan honey dan garam secukup rasa(garam         tak payah bayak sebab belancan dan ikan bilis da masin). Gaul sampai masak. Siap. :)

IKAN TENGGIRI GORENG

Eh yang ni pon nak resipi jugak ke??

Overrrr...haha

BAYAM GORENG DENGAN BAWANG PUTIH

Potong seikat bayam(guna bayam hijau eh)
Potong/cincang kasar garlic dalam 3 ulas

Cara-cara masak :
1) Panaskan minyak
2) Tumis bawang putih sampai dia garing sikit(bau diaaaa memamg la menusuk jiwaaa..hihi..makesure uols          bukak segala tingkap and pintu kehh)
3) Then masukkan terus bayam and sedikit garam to taste.
4) Tunggu sampai bayam masak.





Tadaaaaa!


Memang sedap iolss cakap.

Gerenti husband, mak mertua, pak mertua, adik beradik, anak-anak menambah-nambah nasik.

Oh by the way, saya juga mengamalkan makan beras perang kerana lebih sihat.
One thing saya notice pasal beras perang nih, bila kita makan kita cepat kenyang dan kita tak rasa cepat mengantuk.  Apa tunggu lagi, cepat la g masak tuh!hehe

Daaa...see u next post k! :)











No comments:

Post a Comment