Wednesday 1 January 2014

REVIEW MAKAN:JOHNNY ROCKETS

Assalamualaikum semua,

Hari ni dah masuk 2.1.2014. Sungguh lah cepat masa berlalu.  Sedar-sedar ahkak dah kahwin 8 bulan. Alhamdulillah.  Walaubagaimanapun, tiada rezeki anak lagi, kamis suami isteri memang nak anak, tapi adalah sebabnya tu lagipun baru 8 bulan kawin kan?hihihi. Kitorang laki bini rilek rilek je dulu, tapi kitorang tak merancang ye. :) . Harap-harap ada rezeki tahun ni.  Ahkak kalau tengok gambar Opi, anak Atitaharis kat Instagram rasa meronta-ronta nak anak kan.  Opi tu comeii nok mapuhh. Dahlah keletah.  Sekali la dengan anak Fynn Jamal, Dena Bahrin, Irine Nadia and Maria Elena. Comei comei anok diorang nih. :)

By the way, hari Jumaat minggu lepas ahkak ada jumpa dengan kawan-kawan baik ahkak time UiTM dulu. Yang sorang dah nak kahwin next year, lagi 2 orang masih lagi mencarik-cari.hihii.  Kitorang dah set nak jumpa dekat The Curve sebab dekat tengah sebab masing-masing duk jauh-jauh.  Kitorang memang jarang jumpa tapi aktif dekat group Whatsapp je.  So nak la jumpa since dah lama tak jumpa.  Last jumpa aritu time raya.hehe

Ahkak mula-mula cadang nak pergi Marche since ahkak suka makanan kat situ (sebab banyak choice) tapi last-last kawan ahkak si Nana Mael nak pergi Johnny Rockets.  Since ahkak ni telan je apa jenis makanan, ahkak ok kan je la.

Ok. Johnny Rockets ni dia jual burgers tapi bukan macam burger ramli tuh.hehehe.  Lagi high class sikit dari McD.  And ahkak and husband pun tak makan McD sebab tak berapa healthy katanya.  As usual ada set, tapi set dia ada fries and coleslaw, kalau macam McD tu ada fries dengan air kan.  Ahkak rasa ada lah dalam lebi kurang 10 choices of burgers.  Ahkak dah la lapar masa tu tapi still tak nak makan too much sebab ahkak tau perut ahkak ni.hehehe

So, ahkak order Smoke House Single.  Ni je yang ahkak rasa berkenan not too much tapi at the same time its filling.  Dia punyer description 'An exceptional blend of flavors, this is a one-of-a-kind hamburger. Smoked bacon, crispy sourdough onion rings, cheddar cheese and our special recipe "Smoke House" barbecue-ranch sauce.'  Ok ok bertenang semua, sila lap air liur yang meleleh tuh sementara uolss punya bos tak nampak.  Kalau dia nampak, terus je suh bos belanja kat Johnny Rockets..haha



Hohh..amcam??menggiurkan tak??? melelehsss i tell u
Untuk bun they have option nak yang biasa or wholemeal, so ahkak amik yang wholemeal. And ahkak tak sangka pun dia ada wholemeal tau.  From the bun, patty and veges all are fresh I can tell u.  Burger tu dalam gambar nampak kecik tapi lebih kurang size Whopper burger king. Adalah sejam nak menghabiskan burger tu. hahaha.  And ahkak makan fries dulu selang-selang dengan berborak-borak dengan kawan-kawan dulu.hihi




Ini Bacon Cheese Fries. Memang sedap.  Look at the smiley chilli sauce. Cute ann??
Yang ni kawan ahkak belanja..tehehe
                                         
Ni kitorang comwhoring time naik escalator, sungguh lah tak malu.Hahaha
Tak tahu mata ahkak tengok mana. Ni budak Johnny Rockets amekkan gambar. :P

As for price ok lah, yang ahkak punya RM21.90.  Ahkak minum diet coke as ahkak tak minat sangat milkshake nih.  Range price burger dia dari RM21.90 to RM30 kalau tak silap.. Besides burger, dia ada starters, desserts, salad, sandwiches and hot dogs, cheese steak and kids meal jugak.  Very wide range, so boleh choose banyak jugakla.  Nanti diorang nak tambah pasta pulak. For more menu, tolonglah click kat sini! hehe


So tengah-tengah makan tu tetiba je dalam 5 waiters including their manager nyanyi and menari lagu 'That Thing You Do'.  Awesome jugaklah.  Very cute.  Nampak diorang sporting giler.  Even diorang punya waiter very nice and courteos, tak de buat muka masam ke apa.  Cuma ada lah bila dah order tu kena tanya banyak kali baru dapat.  Tapi bukan semua order la.   Overall ahkak bagi 3.5/5.   Only setback duduk kat luar kena dengar live band so teramat bising, sampai kitorg kena cakap jerit-jerit.hahaha



So, kalau nak rasa makan burger sedap, trylah Johnny Rockets keh.  

P/S: Ahkak tak dibayar apa-apa pun for reviewing Johnny Rockets.bahaha

Byeeeeee







No comments:

Post a Comment