Showing posts with label solemnization. Show all posts
Showing posts with label solemnization. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

REVIEW:MUA(SOLEMNIZATION AND RECEPTION)

Assalamualaikum readers,

Happy 1st Day of 2014.Hope everything is well for all of you. 

Hari yang berbahagia nih,(mcm ucapan guru besar),ahkak nak review make up artist/mak andam ahkak time nikah and reception ahkak dulu.  Since ahkak memang tak berapa sempat nak cari MUA,so ahkak just guna MUA yang bridal di bagi oleh D'Nora Bridal. Ye la,kalau boleh ahkak nak Kak Nora sendiri makeupkan,tapi sebab ahkak bagitau lambat sangat tarikh kahwen ahkak pada Kak Nora(like 3 bulan sebelum kahwin) so dia dah penuh hari ahkak nikah and reception tu.  Sepatutnya dia tak ambik pun ahkak punya tarikh tu tapi sebab sebelum ni kakak ahkak guna dia and cousin ahkak guna dia,dia bagi muka jugak kat ahkak.

Dia cakap susah nak commit tp ahkak buat muka kesian so dia bagi jugakla.hahaha. Dia ambik pun sebab ahkak cakap ahkak nak nikah and reception simple-simple jer,tu yang dia setuju.Kalau tak meraung la ahkak as ahkak memang tak tau wedding bridal mana yang ahkak berkenan.hahha.mungkin nak jadi rezeki ahkak kot.  Tapi dia cakap siang-siang dia memang tak boleh makeupkan ahkak so dia panggil Kak Ochi .Ahkak mula-mula bimbang jugak takut Kak Ochin ni makeup tebal ke tak lawa ke tp Kak Nora assure kan ahkak yang Kak Ochin ni bagus.Katanya Kak Ochin belajar make up sendiri ngan Kak Nora.Sesapa yang duk Kuantan,Kemaman and sekitar Pahang tau yang Kak Nora makeup macamana.Memang pueh hati katanya.

So,sebab ahkak punya nikah and reception sama hari,maka lagi mudahlah kerja semua orang. hehehe. Malam sebelum nikah tu,Kak Ochin message tanya macamana nak datang umah ahkak. So,ahkak bagi je address. Dia. Cakap dia tau.Kak Nora dah citer ngan ahkak yang Kak Ochin memang duduk dekat ngan umah ahkak la.Lagi senang keje. N Kak Ochin ni memang somebody jugakla.Dia dulu bekas model bridal Kak Nora ni.hihihi

So,kita janji nak makeup dalam kul 8 am.Tapi Kak Ochin lewat sikit dalam 8.15 baru dia sampai sebab dia sesat sikit.Ahkak macam ok takpe.Yang pentingg dia datangkan?tapi time dia datang tu,terbeliak bijik mata tgk dia bawak kereta.Kereta Audi model apa tah tapi yang latest la.Memang smart abis. then,Kak Ochin bawak kawan dia tapi tak ingat apa nama dia.Tak bother sangat sebab sibuk tgk muka Kak Ochin yang comei.haha

So,ahkak cakap dengan Kak Ochin ahkak tak nak tebal-tebal.Nak nipis-nipis je.Dia kata ok sebab ni nikahkan.  Ahkak memang tak terfikir la nak ambik Saidatul Nisa ke,Tiar Zainal ke,Sue Cantik ke,Najeeb ke,Ayang Kamell ke,sebab satu 1)tak praktikal untuk ahkak ambik diorg sebab nanti kena bayar tol and minyak diorang 2)few of my friends ada pakai Saidatul Nisa and Tiar Zainal time kahwin,and their charge is RM1300 and above.Tak mampooo uollss.Lagipon kalau ahkak ada duit mesti tak boleh nak book diorg sebab ahkak bagitau lambat.

Pagi time makeup tu,Kak Nora datang bawak hand bouquet,fresh roses untuk letak atas katil and ada fresh flower in a vase utk perhiasan dekat pelamin nikah.
Sekejap je Kak Nora,tak lama pun then dia dah kene bergegas pergi tempat lain.

So,kak Ochin pun start keje and OP(MOM)pun buat kerja jugak.  Semua professional.Ahkak suka. Sebab tak de perangai bukan-bukan. So,nilah hasil Kak Ochin untuk nikah :
Yang gambar tu no filter.  Ahkak suka sangat sebab nampak muka kuruihhh.Miahahaha.Ni bergambar dengan mak kawan baik ahkak.hehe.Bagi ahkak,makeup Kak Ochin ni blend in well with my skin color.Wahhhh gituhh.




Pardon my round face.Bahaha.Untuk makeup reception ni Kak Ochin kuatkan sikit eyeshadow tu.Ahkak redho je lah walaupun kalau tengok dari dekat macam hantu.hahaha.Tapi ahkak ok la dengan makeup kak ochin ni. Cuma ahkak struggle dengan fake eye lashes tuh.Ya Allah tak tahulah macamana RoIta Che Wan boleh pakai siang malam.Ahkak rasa cam nak menangis pakai sebab rimas dan rasa tak leh bukak mata. Tapi Kak Ochin kata sabar la,sehari je.Kahwin sekali je.Pastu kena marah dengan kakaka ahkak and SIL katanya pakai je lah fake eye lashes tu.Ahkak tak leh nak buat apa.Ikut je la you allss. Feedback bercampur campur.Mak ahkak and SIL  of course cakap tebal,tapi kawan2 cakap ok jer.Hehehe.Watever lah kan,sebab ahkak tengok bila dalam gambar ok jugak.Not bad.

Since makeup ahkak masuk dalam bridal package sekali dengan pelamin and decorations,ahkak tak pasti berapa harga makeup dari D Nora Bridal.Ahkak ingat ada dalam 350-600 kot per event.Ahkak rasa la.Kalau nak tau kena contact D Nora Bridal sendiri la yek. Tapi kalau nak no fon boleh leave comment ya?

Ok,toodle dle dle dle!


Monday, 30 December 2013

REVIEW:MY REAL WEDDING DRESS(SOLEMNIZATION @ AKAD NIKAH)

Assalamualaikum semua,

WARNING : LONG ENTRY

Setelah memperdayakan aokme(bahasa Pahang) dengan title yang sebelum ni, tibalah masanya ahkak cerita yang sebenar-sebenarnya. Hahaha. Don't worry, kali ni memamg pasal baju kahwin ahkak keh.Hihihi.

By the way, ahkak ni bukanlah DIY bride keh, sumenye upah orang, eh eh tak jugak, macam hantaran, and goodie bag buat sendirik.hehehe

So, as per subject(wah, cam surat rasmi pulekkk haha), baju nikah ahkak.  Untuk pengetahuan korang, ahkak beli material kain nikah macam 3 bulan sebelum decide tarikh kahwin. Acana tu???hehe. Macam ni, time tu ahkak tau ahkak nak kahwin(walaupun pelbagai rintangan,cubaan yang mendatang yang MasyaAllah, Allah saja yang tau betapa kuatnya rintangan,hat ni cerita kemudian k?:) )walaupun ahkak tak pasti adakah ahkak akan berkahwin dengan husband-then-boyfriend, tp still nak kahwin(niat memang nak kahwin) so beli je la kain.hahaha

Time tu ahkak beli kat Jakel Shah Alam, dengan huband-then-boyfriend. Untuk pemilihan color, cadangnya nak warna putih la kan, tp husband tak suka, katanya tak naik, dia ni memang suka color-color yang terang dan la. So,pilih punya pilih, as ahkak suka color coral pink, so coral pink it is.  Ahkak tak discuss pun dengan parents, akibat itu, ada sedikit feud(sikit shaja, yang ni akak citer kat kat Part 2) pasal color tuh.hahahah.

One thing for certain, ahkak memang nak tempah baju nikah ahkak nih.  FYI, solemnization and reception dress ahkak tempah and ahkak simpan sendiri. Ramai jugak cakap buat apa simpan, bukannya nak guna dah, tapi ahkak nak ada kenangan untuk anak-anak cucu nanti, tu yang tempah both. Tehehe. Tapi still dengan kadar mampu milik.

So, after rintangan dan cubaan tersebut :(, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, kami(ahkak dan husband) ambil keputusan nak kahwin, tapi secara sederhana sahajalah.  

So, ahkak pun beli kain chiffon 4 meter setengah walaupun bidang dia 60" sebab ahkak nak buat kain flowy-flowy. Tapi lining ahkak beli 4 meter itu pun lebih dari cukup and ahkak beli lace 2 metres kot(warna gold).  So, after dah decide tarikh and discuss ngan parents bila tarikh kahwin(btw ahkak tak bertunang because of the rintangan and my parents think it is not that necessary(yup my parents leddat one, very chill, x ikut adat sangat hehe)so ahkak pun startlah men'google' who is the designer yang mampu milik. hahaha. banyak memang banyak mcm Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Rizalman, Jovian, Nurita Harith, Qudyn, Lynda Rahim, Michael Ong, Man Kajang and yang setaraf dengannya tuh, tapi harga dia buat rasa nak tercekik, tapi kalau ada yang mampu, tak salah pun, tapi untuk orang marhaen macam ahkak memamg taklah.hihi

So, bile baca blog-blog bride to be yang lain ada yang mention Oscar Jepri from Lagenda Boutique dekat Maju Junction.  Tried to find more info on him tapi tak jumpa.  Tapi yang pasti all the reviews cakap workmanship, design and price sangat bagus.  So, ahkak pun decide nak pergi jumpa dia on weekend, ahkak terjah je butik Lagenda tu, no appointment pun as ahkak rasa first meeting tu just nak tanya about price range ajeww.  So, time ahkak masuk butik tu tak da orang, so, Oscar terus je entertained ahkak and husband.Hehehe

Oscar ni sangat bagus PR dia, tak de pun nak mengata-ngata akan perihal badan ahkak ke apa sebab badan ahkak macam-macam gebu sikit.kehkehkeh.ok, so ahkak pun cakap ahkak nak temphah tapi tak ahkak tak bawak kain lagi masa tu.  So, Oscar quote ahkak untuk baju nikah perempuan starting RM700/RM800 if i'm not mistaken and lelaki starting RM350.  Dia cakap kena bawak kain dulu then baru tau berapa.

So, next weeknya ahkak bawak kain, since ahkak da beli kain chiffon and lace, so ahkak cuma bayar untuk workmanship and design la. Boleh tahan jugak la Oscar ni punya harga. Hehehe. Tapi still ok, sebab still under my budget.  So, bila dah bawak kain and lace, Oscar pun start sketching, banyak giler dia design. Dia tanya ahkak nak design macamane? Ahkak ni memang la tak berapa nak prepare kan, ahkak ingat nak buat kurung moden tapi ahkak nak jugak yang berdesign-design. muahahaha.Nampak tak perempuannya perangai kat situh? Ahkak lupa nak snap gambar design dia as ahkak fikir at that time, tak yah lah ambik, buat apa kan? Now, I regret it.hahaha

For baju melayu lelaki, ahkak ingat tak nak la buat kat Oscar ni sebab maybe nak buat kat Den Wahab or tailor yang murah sikit, tapi En. Husband insist buat kat Oscar sebab senang. And I was like, ok lah sebab kitorg pun tak banyak masa sangat.So hari tu jugak ambik measurement untuk lelaki.  Kain ahkak bagi kemudian. Kitorg pun malas nak survey kat kedai lain dah since husband pun dah suka kedai dia.

Ahkak rasa ada dalam 6 ke 7 design si Oscar Jepri tu buat.  Pening jugak kepala ahkak nak pilih masa tuh. Yang pasti, ahkak tak nak baju yang terlampau ketat or nampak ketat, nak loosy goosy je, termasuk dekat lengan since lengan ahkak ni tough sikit, hehehe.

So, after dah pilih design and all baru ahkak perasan yang ahkak tak beli kain sekali untuk veil, so ahkak pun pergi Jakel beli kain chiffon dalam semeter setengah(sepatutnya semeter je tapi saje beli lebih) and lace.  Lace tu lace yang sama design dengan lace yang ahkak beli untuk baju.  So, akan ada pertambahan kos sebab tambah veil. Miahaha.

Oscar ni agak cepat jugak dia punya kerja. On time. Ahkak suka. Sebab ahkak fikir ahkak buat preparation untuk kahwin ni dalam 3-4 bulan je.

So, bila ahkak pergi fitting, oh my Allah! I love it! The workmanship memang sangat bagus! Itu lah agaknya beza kita bayar murah and mahal. Like seriously, jahitan dia sangat sangat kemas and the flowyness of the kain that I want, it happened. Tapi ye la ada la kurang sini, lebih sana, biasa la kan, yang tu adjust kendian lah kan.

Ni masa pergi first fitting :

Pardon the not so good quality picture. Biasala camera phone jerkk. Hehe
Masa ni Oscar Jepry tak tambah beading lagi.


Nampak tak kain yang meleret-leret tuh???sangat puas hati okeh.  Pardon the black inner, nasib pakai inner kalau tak??hehe .  Husband punya baju one tone lighter.  Oh yang pakai baju hitam tu lah Oscar Jepry.Hihihi.  Sampin and veil Oscar punya, pinjam kejap.  Time pakai baju tu, memang sengih sampai telinga.  Dekat belakang baju and dekat pergelangan tangan ada dummy button.

Baju lelaki tak de apa sangat nak alter, baju perempuan banyak sikit, tapi bukan major la.

Ok nih gambar second fitting :


Ni dah tambah beading keh.  Memang cantik sangat. Tak delah beading yang over-over.
Pakai pearl and manik-manik je.Just like I want.



Ni close up :




Tak berapa nak close lah. Ini je yang mampu dek non. Hahaha



So, adalah sikit drama dalam nak buat baju nikah ni, after dah hantar kat Oscar baju ni, barulah parents ahkak tanya, warna apa kain nikah nanti? Ahkak pun cakap lah, warna coral pink and ahkak tunjuk gambar kain.  Mak ahkak tanya, kenapa tak buat warna putih?Abah pun tanya jugak. Ahkak jawab la tak nak putih sebab dah biasa orang pakai, nak pakai warna yang lain dari yang lain. Hihihi.  Pastu abah dengan tegasnya cakap 'Pergi beli kain baru, buat lain!' Ahkak macam alamak, 'Tapi dah tempah, dah nak siap pun'. Pastu siap tambah 'Nabi tak cakap pun kena buat warna putih kalau kahwin'. Ye, ahkak ni memang suka amat menjawab. Derhaka tak ahkak?hahaha. Pastu mak jawab 'hmmm..yelah, tapi kan putih tu suci bersih'. Ahkak jawab 'memang la, tp apa salahnya tukar color sekal sekala'. Heheh. Last-last parents ahkak pasrah jerkk.Tehehe.

Nah, ni time ahkak nikah, layan gamboss : 


Masa ni duk senget-senget sebab pakai korset kat dalam and peha yang besar. Miahahaha

Signing the agreement!



Cecececee

Dan lagi gambar :







Ahkak memang nak simple-simple jerkk.Hehehe.  Tudung tu pakai bawal rm5 je beli kat central market. Siap bawak baju sebab takut salah pilih color. Alhamdulillah. 
Btw, OP ialah Ministry Of Moment. Hat ni post lain k. :P

Siapa nak no telefon Oscar Jepri from Lagenda Boutique leave comment ya! :)

Till next post! Bye!

Check out my 2-tone glitter shawl yang cantik!