Hari ni dah masuk 2.1.2014. Sungguh lah cepat masa berlalu. Sedar-sedar ahkak dah kahwin 8 bulan. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, tiada rezeki anak lagi, kamis suami isteri memang nak anak, tapi adalah sebabnya tu lagipun baru 8 bulan kawin kan?hihihi. Kitorang laki bini rilek rilek je dulu, tapi kitorang tak merancang ye. :) . Harap-harap ada rezeki tahun ni. Ahkak kalau tengok gambar Opi, anak Atitaharis kat Instagram rasa meronta-ronta nak anak kan. Opi tu comeii nok mapuhh. Dahlah keletah. Sekali la dengan anak Fynn Jamal, Dena Bahrin, Irine Nadia and Maria Elena. Comei comei anok diorang nih. :)
By the way, hari Jumaat minggu lepas ahkak ada jumpa dengan kawan-kawan baik ahkak time UiTM dulu. Yang sorang dah nak kahwin next year, lagi 2 orang masih lagi mencarik-cari.hihii. Kitorang dah set nak jumpa dekat The Curve sebab dekat tengah sebab masing-masing duk jauh-jauh. Kitorang memang jarang jumpa tapi aktif dekat group Whatsapp je. So nak la jumpa since dah lama tak jumpa. Last jumpa aritu time raya.hehe
Ahkak mula-mula cadang nak pergi Marche since ahkak suka makanan kat situ (sebab banyak choice) tapi last-last kawan ahkak si Nana Mael nak pergi Johnny Rockets. Since ahkak ni telan je apa jenis makanan, ahkak ok kan je la.
Ok. Johnny Rockets ni dia jual burgers tapi bukan macam burger ramli tuh.hehehe. Lagi high class sikit dari McD. And ahkak and husband pun tak makan McD sebab tak berapa healthy katanya. As usual ada set, tapi set dia ada fries and coleslaw, kalau macam McD tu ada fries dengan air kan. Ahkak rasa ada lah dalam lebi kurang 10 choices of burgers. Ahkak dah la lapar masa tu tapi still tak nak makan too much sebab ahkak tau perut ahkak ni.hehehe
So, ahkak order Smoke House Single. Ni je yang ahkak rasa berkenan not too much tapi at the same time its filling. Dia punyer description 'An exceptional blend of flavors, this is a one-of-a-kind hamburger. Smoked bacon, crispy sourdough onion rings, cheddar cheese and our special recipe "Smoke House" barbecue-ranch sauce.' Ok ok bertenang semua, sila lap air liur yang meleleh tuh sementara uolss punya bos tak nampak. Kalau dia nampak, terus je suh bos belanja kat Johnny Rockets..haha
Hohh..amcam??menggiurkan tak??? melelehsss i tell u
Untuk bun they have option nak yang biasa or wholemeal, so ahkak amik yang wholemeal. And ahkak tak sangka pun dia ada wholemeal tau. From the bun, patty and veges all are fresh I can tell u. Burger tu dalam gambar nampak kecik tapi lebih kurang size Whopper burger king. Adalah sejam nak menghabiskan burger tu. hahaha. And ahkak makan fries dulu selang-selang dengan berborak-borak dengan kawan-kawan dulu.hihi
|
No comments:
Post a Comment